TAJUK :
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM
i. PENGENALAN
Keistimewaan Ajaran Islam ialah disebabkan Agama islam
merupakan agama penyempurna, sekaligus penghapus ajaran agama yahudi dan
nasrani yang mana ajarannya hanya bersifat local yang membawa erti hanya
berlaku di daerah tertentu sahaja. Islam merupakan agama yang bersifat
universal, kemudian di sisi lain islam mempunyai keindahan bagi pemeluknya yang
tidak ditemukan bagi orang ateis dan yang berlainan agama.Agama islam ialah
satu agama yang teragong di dunia yang fana ini kerana ianya diturunkan oleh
ALLAH S.W.T kepada NABI MUHAMMAD S.A.W untuk dijadikan petunjuk kepada manusia
untuk kejalan yang benar
Agama islam mempunyai ajaran yang sangat berguna kepada
manusia untuk bekalan akhirat dan di dunia yang fana ini dan jika kita selalu
mempraktikan dalam kehidupan seharian kita,INSHA-ALLAH hidup kita aman dan
tenteram sehingga akhirat kelak.Hal ini dikatakan sedemikian kerana ALLAH telah
berfirman dalam surah al-hijr ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya
kamilah yang menurunkan al-quran dan
kamilah yang memelihara dan menjaganya”.Merujuk hal ini,kita dapat mengetahui bahawa kesucian islam
itu selalu berada dibawah lindungan ALLAH S.W.T maka dengan ini jelaslah bahawa
ajaran agama islam sangat istimewa. Salah satu ajara agama islam adalah akhlak
yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, atau pun mengatur hubungan manusia
dengan manusia. Bayangkan, jika agama islam tidak ada, maka adakah sesuatu yang
dapat dijadikan manusia sebagai landasan dalam bertingkah laku?Apakah cukup,
manusia berpedoman pada aturan yang hanya dibuat oleh manusia dan itu bersifat
relatif? Tentunya, manusia membutuhkan aturan yang bersifat mutlak dan
bersumber dari sang pencipta. Ketika yang membuat aturan adalah Sang Pencipta,
maka dari segi keefektifannya cukup untuk mengawasi para manusia yang hidup di
bumi, karena segi pembalasan amal tidak hanya di dunia, tetapi juga di akherat.
Ketika ada seseorang melakukan perbuatan baik, tapi di dunia ia tidak
mendapatkan balasan, maka balasan itu akan datang pada saat ia berada di
akherat kelak. Kemudian jika ada seseorang yang melakukan perbuatan buruk, tapi
di dunia tidak dihukum dengan balasan yang setimpal, maka di akherat ia tidak
akan lepas dari hukuman yang berasal dari Allah.
ii. RABBANI
Rabbani adalah satu perkataan yang
membawa banyak erti kepada seseorang individu.Contohnya,Ibnu Katsir dalam an-Nihayah
fi Gahribil-Hadits berkata, “Ar-Rabbani berasal dari kata rabb,
dengan tambahan alif dan nun di belakangnya sebagai bentuk mubalaghah
(tingkat berlebihan)”.Dalam Lisanul ‘Arab disebutkan, “Ar-Rabbani
adalah hamba yang mempunyai pengetahuan tentang Tuhan. Dia adalah ulama yang
mengajarkan ilmu yang ringan-ringan sebelum ilmu yang sulit-sulit. Dia adalah
seorang ulama yang mantap ilmu dan agamanya”.
kemudian islam dikatakan berciri rabbani
kerana berpaksikan kepada sumber wahyu iaitu al-Quran dan al-sunnah.hal ini
dikatakan sedemikian kerana umat islam disuruh melakukan apa yang tersurat dan
tersirat dalam al-quran dan al-sunnah sepertimana para-para nabi dan rasul
telah laksanakanya sebelum ini bagi mendapatkan keredhoan dari ALLAH S.W.T. Imam
al-Qurthubi dalam tafsir al-Jami’ liahkamil-Quran menulis, “Ar-Rabbani
adalah penisbatan kepada ar-Rabb. Dia adalah orang yang mengajarkan ilmu
yang ringan-ringan sebelum yang berat. Dia adalah ulama ahli agama yang
mengamalkan ilmunya”.Dan beberapa definisi di atas, kita tahu bahawa dalam
bahasa, rabbaniyah merupakan penisbatan kepada Allah swt. Oleh karena
itu, sebagaimana orang menisbatkan dirinya kepada negeri atau marganya, seperti
Mishri `berkebangsaan Mesir’, Syami `berkebangsaan Syam’ dan
sebagainya, ada juga sekelompok orang yang disebut dengan rabbaniyyun,
yakni mereka yang telah merealisasikan syarat-syarat untuk menisbatkan dirinya
kepada Allah swt.Adapun secara istilah, arti rabbani—sebagaimana
dikatakan oleh Abu Hamid al-Ghazali—adalah orang yang dekat dengan Allah. Ada
pun hamba yang paling rabbani adalah hamba yang paling dekat dengan
Allah,maka dengan ini rabbani boleh disimpulkan kepada satu pegangngan dan
ketaatan kepada pegangngan sesuatu ajaran agama itu. Tidak seperti agama lain,
ketika akan menjalankan ritual, islam mengajarkan tata cara yang mudah,
praktis, dan simpel. Misalnya jika dibandingkan agama Hindu, ketika akan
menyembah dewa mereka diharuskan memberi sesajen yang beraneka ragam. Misal
yang lain, ketika akan pergi keluar rumah diharuskan ada satu orang yang
menjaga rumah. Bagi ajaran hindu tidak diperbolehkan meninggalkan rumah tanpa
ada yang menjaga, dan itu merupakan inti dari keyakinan mereka.
iii. SYUMUL
DAN LENGKAP
Islam adalah agama yang syumul
(menyeluruh), mencakupi semua bidang kehidupan. Islam adalah negara dan tanah air
atau pemerintah dan umat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan.
Pengetahun dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau
usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan (fikrah). Akidah
yang benar dan ibadat yang sah.setersusnya,Islam adalah agama Allah yang kekal,
bersifat umum dan menyeluruh. Kerana Islam diturunkan untuk semua manusia.hal
ini dapat dibuktikan melalui surah saba` ayat 28
:Yang
bermaksud: “Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia
seluruhnya sebagai pembawa berita dan sebagai pemberi peringatan”. (Saba: 28) Islam
agama yang menyeluruh kerana ia menghukum seluruh urusan kehidupan manusia. Ia
menghukum segala yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang berkaitan dengan
apa yang mereka lakukan.Agama islam dikatakan syumul dan lengkap kerana ajaran
ini berpandukan Al-Quran,Al-Quran ialah sebuah kitab suci yang diturunkan oleh
ALLAH SWT melalui perantaraan malaikat jibril kepada nabi Muhammad SAW dalam
bahasa arab dan diwahyukan secara mutawatir iaitu berperingkat malah bacaanya merupakan
amal ibadah. Seterusnya dalam Al-Quran ada dalil-dalil dan dalil ini terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu,pertama dalil yang merupakan nas yang terang dan jelas.Kedua,dalil
yang berupa hukum Am.Selain itu,ajaran islam juga berpandukan As-Sunnah.Dari
segi bahasa ialah perjalanan,perlakuan,amalan,method atau cara hidup.Manakala
dari segi istilah ialah semua perkara yang dilakukan oleh para nabi seperti
perkataan , sifat kejadiaan , akhlak dan sirah sama ada sebelum kenabian
ataupun selepas kenabian hingga menjadi rasul.
Kemudian,sunnah bermaksud ahli-ahli usul fiqh
iaitu perbuatan , perkataan , perakuan daripada Nabi Muhammad SAW.Terdapat tiga
jenis sunnah.sunnah qauliyyah iaitu merangkumi perkataan yang dinamakan hadith
al-khabar.Sunnah fi`liyah iaitu perbuatan
seperti solat yang ditunjukan oleh Nabi Muhammad SAW dan Sunnah
Taqririyyah iaitu pengakuan.Maka tidak hairanlah jika ajaran agama islam
dikatakan agama yang terunggul di muka bumi ini.Kesimpulan bagi syumul dan
lengkap ialah Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi
segala kepentingan mereka samada dalam bentuk daruruyyat, hajiyyat dan juga
tahsiniyyat. ia juga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya
samada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agama
ciptaan manusi tidak memiliki ciri-ciri ini kerana agama tersebut tidak
menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan
tidak menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, social,
sains dan teknilogi mereka.Tambahan, Contoh lain
ritual agama islam yang mudah. Apabila seseorang tidak mampu shalat dengan
berdiri (karena sakit, udzur, usia lanjut, dll), maka diperbolehkan untuk
duduk, jika tidak mampu shalat dengan duduk maka diperbolehkan shalat dengan
cara berbaring, jika tidak mampu lagi maka diperbolehkan shalat dengan
menggunakan isyarat. Itu merupakan contoh-contoh ritual agama islam yang mudah
untuk diamalkan, dan masih banyak contoh-contoh lain yang belum disebut.
Iv. BERSEPADU
Agama islam merupakan agama yang bersepadu dan
seimbang.Hal ini dikatakan kerana Islam merupakan sebuah agama yang sepadu. Ia
tidak terpisah-pisah seperti agama lain.Contohnya,agama kristian yang mempunyai
kefahaman sendiri di dalam sesebuah daerah yang menyebabkan agamanya tidak
seimbang dan sering berlaku perselisihan dalam hal agama mereka. Islam tidak
memisahkan antara solat dan politik. Seorang pemimpin dalam solat adalah layak
menjadi pemimpin negara. Jika mereka tidak layak menjadi imam dalam solat maka
menurut Islam mereka juga tidak layak menjadi pemimpin negara.Inilah yang
disebut sepadu.Islam tidak membezakan antara solat dan zakat.
Setiap umat Islam wajib mendirikan solat,mereka
juga wajib mengeluarkan zakat bagi memenuhi rukun Islam, dan menjadi
salah satu unsur pokok bagi tegaknya syariat Islam. Oleh sebab
itu hukum zakat adalah wajib fardhu atas setiap muslim yang telah
memenuhi syarat-syarat tertentu. Mereka wajib mencari kehidupan.Contohnya,
mencari tempat berlindung , mencari rezeki dan sama sekali
dilarang mencuri . Kerana mencuri adalah salah satu larangan daripada
ALLAH SWT yang telah termaktub dalam kitab Al-quran.Mereka juga dilarang
berzina.Pandangan berzina dalam ajaran islam ialah perbuatan sanggama antara
laki-laki dengan perempuan yang tidak ada ikatan iaitu ikatan perkahwinan.Mereka
dilarang membunuh tanpa sebab kerana sekiranya perkara sebegini berlaku agama
islam tidak seimbang dan agama lain akan memandang rendah terhadap agama islam
yang suci ini.Semua ajaran Islam saling kait mengait antara satu sama lain hingga
memperlihatkan kesepaduan itu.
Islam mengajar umat Islam menolak sekularisma
kerana sekularisma telah memisahkan antara tuntutan hidup agama dan dunia, memisahkan
tuntutan Allah s.w.t. dengan tuntutan kebendaan duniawi, memisahkan diri dari
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan mengabdikan diri sesama manusia.
Pada hal dalam Islam menuntut manusia mencari keredhaan Allah s.w.t di dunia dan akhirat kelak supaya dapat hidup
di bawah pengawasan-NYA.
Firman ALLAH SWT ;
Terjemahan: Dan di antara mereka pula ada Yang
(berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia
dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".(SurahalBaqarah,201)
Islam adalah agama yang seimbang. Seimbang antara ilmu dan amal.Hal ini dikatakan sedemikian kerana ramai umat islam yang telah berjaya walaupun tidak belajar sehingga ke menara gading kerana umat islam akan sentiasa mengamal ilmu yang diperoleh untuk kemajuan dirinya dan umat islam supaya agama islam tidak dipandang rendah oleh agama lain. Seimbang antara individu dan masyarakat.Hal ini bermaksud tidak berlakunya perbalahan antara sesama umat islam kerana ALLAH SWT tidak suka akan perpisahan melainkan ianya yang telah ditentukan oleh-NYA. Seimbang antara akal dan nafsu iaitu dapat berfikir dengan matang dan dapat membezakan yang benar dan palsu supaya akidah tidak terpesong. Seimbang antara kepentingan duniawi dan ukhrawi supaya penganut agama islam tidak terlalai dengan perkara di duiawi sahaja. Seimbang antara aspek lahiriah dan batiniah. Sesungguhnya ALLAH telah merancang yang terbaik untuk keseimbangan agama islam supaya umat agama islam tidak hidup dengan sia-sia di muka bumi ini.
Islam adalah agama yang seimbang. Seimbang antara ilmu dan amal.Hal ini dikatakan sedemikian kerana ramai umat islam yang telah berjaya walaupun tidak belajar sehingga ke menara gading kerana umat islam akan sentiasa mengamal ilmu yang diperoleh untuk kemajuan dirinya dan umat islam supaya agama islam tidak dipandang rendah oleh agama lain. Seimbang antara individu dan masyarakat.Hal ini bermaksud tidak berlakunya perbalahan antara sesama umat islam kerana ALLAH SWT tidak suka akan perpisahan melainkan ianya yang telah ditentukan oleh-NYA. Seimbang antara akal dan nafsu iaitu dapat berfikir dengan matang dan dapat membezakan yang benar dan palsu supaya akidah tidak terpesong. Seimbang antara kepentingan duniawi dan ukhrawi supaya penganut agama islam tidak terlalai dengan perkara di duiawi sahaja. Seimbang antara aspek lahiriah dan batiniah. Sesungguhnya ALLAH telah merancang yang terbaik untuk keseimbangan agama islam supaya umat agama islam tidak hidup dengan sia-sia di muka bumi ini.
v. PRAKTIKAL(AMAL)
Selain daripada perkara diatas keistimewaan
ajaran islam juga bercirikan teori.Definisi bagi teori daripada segi Bahasa
ialah fakta tentang sesuatu perkara yang terjadi dengan mempunyai bukti yang
kukuh untuk menyokong perkara tersebut.Manakala praktikal ialah mengamalkan
sesuatu amalan untuk mendapatkan kelebihan daripada amalan
tersebut.contohnya,amalan memberi salam apabila berselisih dengan seseorang
yang beragama islam.Dengan mengamalakan amalan ini semangat persaudaraan dapat
dieratkan lagi.Oleh itu, agama islam akan disanjung tinggi oleh agama lain.
Justeru itu, Fiqh
al-Waqie adalah gabungan dua suku kata yang menjadikannya satu Istilah iaitu
perkataan fiqh dan waqie. Perkataan Fiqh pada bahasa bererti faham dan waqie
bermakna realiti. Maka maksudnya pada bahasa ialah memahami realiti.Manakala ,
perkataan Fiqh atau faqeh dalam pemakaian ulama Usul Fiqh bukan sekadar
memahami sesuatu perkara atau hukum secara mudah dan tanpa membuat analisa
seperti memahami air boleh menghilangkan dahaga tetapi istilah fiqh atau faqeh
di sisi ulama ialah kefahaman mendalam yang berasaskan kepada metodologi
ijtihad. Ia adalah kesimpulan dan keputusan
yang lahir daripada usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh
para ulama bagi memahami sesuatu perkara daripada dalil-dalil, atau petunjuknya
yang terperinci secara kritis dan analisis supaya dapat memberi penerangan
kepada orang lain bagi memperkembangkan lagi ilmu yang mereka dapat agar tidak
menjadi satu perkara yang sia-sia serta akan mendapat keredhoan daripada ALLAH
SWT . Tamabahan , Apa yang dilakukan oleh manusia tidak akan ada yang sia-sia,
baik itu perbuatan baik atau pun perbuatan buruk. Bagi yang melakukan perbuatan
baik, maka akan diberi pahala, sedangkan yang melakukan keburukan akan diberi
dosa. Semuanya akan dibalas oleh Allah sesuai apa yang ia perbuat, baik itu di
dunia atau pun di akherat. Islam mengajarkan pentingnya beramal agar apa yang
dilakukan seseorang bisa bermanfaat untuk mempersiapkan dikehidupan mendatang
(akherat). Tidak seperti ajaran orang Barat, yang menyatakan bahwa kehidupan
hanya di dunia, sedangkan setelah manusia meninggal tidak ada kehidupan lagi.
Pendapat ini mengakibatkan orang-orang Barat enggan untuk melaksanakan
perbuatan baik. Akibatnya banyak hidup mereka yang dihabiskan untuk
berfoya-foya, dan apatis terhadap kehidupan disekelilingnya. Atau malah hidup
mereka dari sisi rohani kering-kerontang, kerana tidak punya pedoman untuk
menjalani kehidupan yang singkat ini untuk menjadikannya sebagai pedoman dan
dijadikan satu amal .
VI. AGUNG
Agama islam berada paling atas sekali dalam
senarai agama yang wujud dimuka bumi ini kerana agama ini tidak mampu untuk
dibandingkan dengan agama lain seperti agama kristian , agama buddha , dan
agama lain-lain lagi . Hal ini dikatakan sedemikian kerana agama islam
datangnya daripad Zat Maha Tinggi dan ianya satu-satunya agama yang diakui dan
diterima ALLAH SWT . buktinya boleh diperoleh dengan berdasarkan firman ALLAH
SWT dalam surah ali-`Imran ayat ke 19 yang bermaksud
“SESUNGGUHNYA UGAMA(YANG BENAR DAN DIREDHAI)
DI SISI ALLAH IALAH ISLAM”
Agama islam adalah satu agama yang terunggul
di muka bumi ini kerana merupakan agama yang terawal wujud di muka bumi ,
dimana ALLAH SWT telah menurunkan ajaran agama islam kepada Nabi Muhammad SAW
bagi membetulkan akidah manusia pada zaman tersebut . Di dalam agama Islam
masalah ‘aqidah ketuhanan terlihat jelas pada prinsip ajaran Tauhid, yaitu
hanya Allah semata Tuhan seluruh alam semesta, sehingga yang berhak untuk disembah
pun hanya Allah semata kerana dalam ajaran agama Islam, Allah memiliki
sifat-sifat yang mulia dan sempurna yang tidak mungkin diserupai oleh siapa
pun. Yaitu sifat-sifat yang tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis yang
sohih, tanpa menyerupakan dengan sifat-sifat makhluk dan tanpa menta’wilkannya
( memalingkan maknanya ) seperti agama yang lain.Contohnya, Agama
Yahudi meyakini keesaan Allah dalam ketuhanan Nya, namun umat Yahudi meyakini
bahwa Allah memiliki putera, yaitu Uzair. Sehingga dalam peribadatannya selain
menyembah Allah, mereka juga menyembah Uzair atau Ezra.Selain itu, dalam
agama Islam, kitab suci Al-Qur’an adalah firman Allah, bukan buatan atau rekaan
Nabi Muhammad shol- lallohu ‘alaihi wa sallam yang mesti diriwayatkan secara
mutawatir sebagaimana aslinya. Ada pun perkataan Nabi shollallohu ‘alaihi wa
sallam adalah hadits, yang hadits pun mesti diriwayatkan secara sohih atau
hasan.
Seterusnya agam islam mempunyai carta alir
yang bertajuk rukun islam yang menjadikan
satu rukun untuk penganut agama islam supaya mendapat syafaat oleh ALLAH
SWT.Selain itu,yang menjadikan agama islam agama yang terunggul ialah dengan
adanya dua ungkapan yang sangat agung iaitu ungkapan syahadah
yang membawa erti “ AKU BERSAKSI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH “ dan “ AKU BERSAKSI
BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH “ . Maka tidak hairanlah yang agama
islam ini adalah satu agama yang sangat unggul dan agung di muka bumi ini
walaupun ada segelintir yang menafikannya kerana tidak dapat hidayah daripada
ALLAH SWT . Tambahan , Islam merupakan agama yang disebarkan dengan cara damai,
bukan dengan cara kekerasan. Maka dari itu dalam islam tidaka ada pemaksaan
dalam beragama. Dalam sejarah, dari kepemimpinan Nabi Muhammad sampai Dinasti
Abbasiyah tidak pernah terjadi pembantaian umat muslim kepada umat non muslim.
Justeru mereka dilindungi oleh umat islam. Banyak kalangan non muslim
menganggap agama islam adalah agama kekerasan, teror, dll. Itu semua hanya
opini dari media massa yang sudah tidak sesuai dengan apa yang diberitakan
(sudah diubah-ubah sesuai keinginan wartawan) sehingga banyak orang yang
terpengaruh dengan apa yang diberitakan oleh media. Padahal islam adalah agama
yang menjunjung tinggi hak orang lain, selama orang lain tidak mengganggu agama
islam.
VII. UNIVERSAL
Agama islam bercirikan universal dan
sejagat.Kesejagatannya dapat dibuktikan dengan kesesuaiannya yang meliputi
semua tempat dan masa dan tiada batas sempadan geografi yang mampu mengasingkan
islam daripada kehidupan manusia . Islam tiada layu dan tidak akan pernah
lentyap akan sinarannya dan tidak akan kecut serta luput tarikhnya bagi
melayakanya menjadi pedoman hidup manusia untuk setiap zaman . Islam selalu
sesuai dengan perkembangan zaman, bukan ajaran agama islam yang bercampur
dengan budaya yang ada disuatu tempat, namun budaya tersebut yang harus
menyesuaikan dengan ajaran agama islam. Selama ini banyak kalangan yang
menyatakan islam harus sesuai dengan budaya, sehingga mau tidak mau islamlah
yang mengikuti budaya. Pendapat itu justru bertentangan dengan keuniversalan
islam, justeru jika islam mengikuti budaya berarti islam tidak sesuai
dibeberapa tempat, dan secara tidak langsung itu menyatakan islam bersifat
temporal. Maka pola pikir seperti ini harus diubah, karena nantinya akan
berpengaruh terhadapa pengambilan istinbath suatu hukum dan mungkin akan
bercanggah dengan ajaran agama islam . Selain itu, Seseorang
dikatakan sempurna agamanya jika ia tahu ajaran islam dan mengamalkannya dalam
kehidupan hariannya . Jika ada yang berpendapat islam hanya ilmu atau amal
saja, maka itu tidaklah benar. Islam hanya berilmu tanpa amal seperti umat
Yahudi, karena mereka tahu tapi tidak mau mengamalkan apa yang sudah mereka
ketahui, sehingga mereka termasuk umat yang dimurkai Allah. Sedang beramal
tanpa ilmu seperti umat Nasrani yang suka mengada-ada ajaran mereka, sehingga
memunculkan bida’ah-bid’ah dalam agama mereka yang membuat mereka sesat. Islam
mengambil jalan tengah dengan cara memadukan dimensi ilmu dan amal yang tidak
termasuk dengan ilmu umat lain yang bercanggah dari ajaran agama ALLAH SWT .
Maka jelaslah berdasarkan semua penerangan di
atas agama islam adalah merupakan agama yang terbaik , terunggul , terhebat di
dunia ini kerana mempunyai dan mengandungi berbagai bukti yang soheh terdapat
dalam umul kitab(Al-Quran) serta hadith dan beberapa peristiwa yang telah
berlaku serta yang sedang berlaku pada masa sekarang seperti mana yang tercatit
dalam Al-Quran dan Hadith.Semoga kita semua di bawah naunganNYA. ALLAHUAKHBAR!!!
ALLAHUAKHBAR!!! ALLAHUAKHBAR!!!.
--------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN
i-keistimewaan islam-USTAZ ABDUL AZIZ(2008)
ii-http://itla4islam.blogspot.my/2012/09/ciri-ciri-keistimewaan-islam.html(2015)
iii-AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI(ACIS) UNIVERSITI
TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS-AZRI BHARI(CETAKAN PERTAMA JUN 2016)
iv-kamus dewan edisi keempat-dewan Bahasa dan pustaka(2010)
v-slidshare- https://www.slideshare.net/safwanpbs/islam-sebagai-ad-din(2017)
vi-psikologi islam-:https//www.psikologidalampandanganislam.blogspot.com(2016)
No comments:
Post a Comment